Tuesday, 12 November 2013

Surau Jumaat ILP Kuala Lumpur

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah , Pencipta Pentadbir dan Pemilik seluruh alam,
Selawat dan Salam keatas Rasulillah s.a.w.

Dengan penuh rasa kesyukuran diatas limpah dan rahmat dari Allah maka blog Surau Jumaat ILPKL dapat dilancarkan untuk menjadi tuntunan umum dan menjadi salah satu wadah untuk tujuan menyampaikan risalah Allah sebagai jalan-jalan menuju redha Allah jua.

Sebagai institusi yang bertanggungjawab melaksanakan tugas sebagai insan-insan prihatin terutama kepada fenomena ummah masakini, maka Ahlijawatankuasa Surau Jumaat ILPKL mengambil langkah pelancaran blog ini. Adalah diharapkan langkah ini sebagai langkah yang betul dan pihak AJK sentiasa mengharapkan sumbangan dan saranan dari semua pihak.    

Surau ILPKL adalah Surau Jumaat yang terletak didalam kawasan Institut Latihan Perindustrian Jalan Kuchai Lama Kuala Lumpur. Surau ini yang dibina terutamanya untuk tujuan menunaikan solah waktu dan solah jumaat untuk penduduk berhampiran dan warga ILP KL. Surau ini juga banyak menjalankan aktiviti lain seperti Ceramah agama mingguan dan bulanan, disamping itu ceramah juga diadakan pada hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti Maal Hijrah dan Maulidul Rasul.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri diadakan pada setiap tahun dengan mengadakan hari terbuka untuk semua jemaah warga ILPKL dan penduduk setempat. Sambutan Hari Raya Aidul Adha juga diadakan dengan mengadakan Qurban yang disumbangkan oleh Warga ILPKL dan penduduk setempat.


Surau ILPKL boleh memuat melebihi satu ribu orang pada satu satu masa. Surau ILPKL yang terletak berhampiran laluan Lebuh Raya NPE boleh dilihat dengan jelas oleh penduduk setempat dan para pemandu yang melalui jalan terebut. Bumbung surau yang berwarna hijau dan dinding berwarna biege dapat menarik perhatian pengunjung dan dikenali dengan mudah..


Surau Jumaat ILPKL dihiasi dengan landskap yang indah dengan tumbuhan hijau dan kerusi taman. Kelengkapan ini disediakan kepada pengunjung sebagai tempat istirehat sementara menunggu waktu solat dan sebagai tempat perbincangan dalam mengembangkan ilmu yang berfaedah. Kelengkapan seperti ini adalah perlu kepada pengunjung juga sebagai tempat menghilangkan penat selepas bekerja sebelum bersolah.


Surau Jumaat ILPKL dipimpin oleh seorang Pengerusi berserta Jawatankuasanya, ini dapat dilihat dalam carta organisasi yang dipaparkan. Ruangan catatan, Hadis dan Sirah yang disediakan di tepi laluan jamaah lelaki dilengkapi dengan maklumat ilmiah dan berita semasa.


Ruangan ini diharapkan dapat memberi manafaat kepada pengunjung agar serba sedikit menjadi panduan didalam beramal mencari redha Allah.

Sebagai pembuka bicara didalam blog yang baharu sahaja dilancarkan ini , tulisan ini akan ditambah baik dari masa kesemasa dengan pengisian yang lebih berfaedah.

Wasssalam 

0 comments:

Post a Comment

 
Template designed by Liza Burhan